Wednesday 2 July 2014

Rendang Ayam... (^-^)


Salam Ramadhan buat semua readers...

Hari ni da hari ke-5 umat islam mengerjakan ibadah puasa kan...meh kite intai-intai sikit ape yang dimaksudkan ngan imsak...saje buat ingatan kan..semoga semua amalan kite di terima Allah... (^-^)

Imsak hanya dikenali di Asia Tenggara (khususnya di Malaysia dan Indonesia)..mungkin individu yang memperkenalkan imsak ini berniat baik agar kite ade waktu untuk mempersiapkan diri untuk melaksanakan solat..namun, dia terlupa bahawa Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w ini sudah sempurna tanpa perlu di tambah atau dikurangi.

Akibatnya, pada hari ini ramai umat islam menganggap batas akhir makan sahur adalah imsak, sehingga menghilangkan ajaran Rasulullah s.a.w. yang sesungguhnya.

"Dan makan dan minumlah kamu sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam iaitu fajar".
[Surah Al-Baqarah 2:187]

Sabda Rasulullah s.a.w., "Jika salah seorang dari kamu mendengar azan, sedangkan ia masih memegang piring (makanan), maka janganlah ia meletakkannya sehingga ia menyelesaikan hajatnya (makannya)".
[HR: Imam Ahmad, Abu Dawud, Hakim. Disahkan oleh Adz Zahabi]

Ibnu Umar berkata, "Alqamah bin Alatsah pernah datang bersama Rasulullah s.a.w., kemudian datang Bilal akan mengumandangkan azan, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, tunggu sebentar wahai Bilal. Alqamah sedang makan sahur".
[Hadis ini dihasankan oleh Sheikh Albani]

Jadi sahabat semua, batas sahur adalah waktu fajar (saat azan subuh), bukannya imsak.

"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah, dan apa yang dilarang bagimu tinggalkanlah".
[Surah Al-Hasyr 59:7]

Ops, terpanjang lak celotehnye..hari ni kite nak share resepi Rendang Ayam...nak buat tuk berbuka pun boleh, nak prepare tuk raye nanti pun boleh...kalau family kite, takde rendang ayam mase raye, macam tak complete lak juadahnye..hehe..

Jom, enjoy... 




Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
4 batang serai
2 keping asam gelugor
3 helai daun kunyit

Bahan kisar
25 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
1 labu bawang kecil
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
2 inci halia




Cara membuatnya:

  1. Sediakan kerisik terlebih dahulu. Goreng kelapa parut sehingga garing dan kisarkan hingga nampak berminyak
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai titik hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu
  3. Masukkan ayam dan sedikit santan pekat. Gaul rata. Masak sehingga ayam kecut sedikit.
  4. Masukkan baki santan (ikut selera mahu berkuah atau kering) dan asam gelugor. Kacau dan biar mendidih, kecilkan api dan masak hingga pekat. Perasakan dengan sedikit garam.
  5. Masukkan hirisan daun kunyit. Gaul rata dan biarkan sekejap.

Selamat mencuba...(^-^)
 

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger.