Tuesday 10 June 2014

Pai Tee... (^-^)


Tada...
1 of my favorite bile makan kat Chicken Rice Shop..hehe..tapi tau je la kan, makan kat kedai memang tak puas..so mula la mission cari cara nak buat sendiri..pastu jumpe lak acuan die..memang tambah la excited gile nak buat sendiri tu..berpeluh-peluh kat dapur..hehe..

Hasil google menggoogle, jumpa la beberapa resepi yg recommended..kulit pai tee ni kite follow blog HaSue, and isi dalam die kite follow dari blog Dapur Tanpa Sempadan..hasil die, yummy..(ikut citarasa kite la..hehe..)

Resepi yang kite share ni cukup tuk buat dalam 20 biji pai tee..next time kite include kan gambar step by step nk masak pai tee ni..ni sebab first time, tak teringat dah nak amik gambar.. (^-^) 

Jom..enjoy..

My 1st homemade pai tee... (^-^)

 

Bahan-bahannya:

Mangkuk Pai Tee
7 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
100 ml air
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning - jika suka

Isi Pai Tee
1/4 biji sengkuang (sederhana) - di potong dadu
1/2 biji lobak merah - di potong dadu
1/2 biji timun jepun - di buang empulur dan di potong dadu
1/2 cawan isi udang - di cincang halus
2 ulas bawang merah - di cincang halus
1 ulas bawang putih - di cincang halus
Garam secukup rasa

Bahan lain
Sos cili untuk di makan bersama
Daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan 


Cara membuatnya:

Mangkuk Pai Tee
  1. Campurkan telur dengan semua tepung dan gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau sebati.
  3. Masukkan garam dan pewarna kuning secukup rasa.  
    • Cara kite: campurkan semua bahan di dalam mixture/blender and putarkan. Hasilnya tepung akan lebih rata... (^-^)
  4. Panaskan minyak menggunakan api sederhana. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.
  5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi. Make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi.
    • Cara kite: tekapkan bawah acuan pada tisu sebentar untuk memastikan bawah acuan tidak berminyak... (^-^)
  6. Celupkan 3/4 acuan pai tee ke dalam adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi
    • Cara kite: ketika menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi minyak hendaklah lebih rendah dari salutan tepung pada acuan tersebut. Cara ni akan buat adunan membentuk seperti kelopak bunga dan akan mudah ditanggalkan dari acuan. Then, masukkan acuan dalam minyak hingga ke dasar kuali, supaya bahagian bawah pai tee jadi rata dan boleh berdiri tegak bila siap nanti. So nak mudah, mase panaskan minyak ngan acuan tadi, make sure minyak paras kurang sikit dari 3/4 acuan. 1 more thing, biarkan kulit pai tee keras sedikit sebelum tanggalkan dari acuan. Kalau tak, nanti mangkuk pai tee jadi leper... (^-^)
  7. Goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan.
Isi Pai Tee
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
  3. Masukkan isi udang yang telah di cincang, masak hingga isi udang kemerahan.
  4. Masukkan sengkuang, lobak merah dan timun.
  5. Tambah garam secukup rasa.
  6. Masak hingga layu dan sedikit kering.
  7. Angkat dan sejukkan.

Cadangan hidangan
Ambil satu mangkuk pai tee tadi, sudukan isi hingga penuh. Letak sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng. Tuang sedikit sos cili dan sedia untuk dimakan. 
Hidangkan segera... (^-^)


Sedikit tips:
  1. Adunan hendaklah sentiasa dikacau bagi mengelakkan mendapan tepung.
  2. Sila tukar bekas yang lebih kecil apabila adunan sudah semakin sedikit untuk memastikan kulit pai tee masih boleh dibentuk menggunakan acuan.
  3. Masukkan isi pai tee ke dalam mangkuk pai tee apabila hendak di hidangkan. Jika di biarkan terlalu lama, mangkuk pai tee akan menjadi lembik.
  4. Simpan mangkuk pai tee yang belum di gunakan di dalam bekas kedap udara.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger.