Wednesday 9 July 2014

Doa Kekalkan Wudhu'... (^-^)


Assalamualaikum...




Kite semua mesti teringin untuk sentiasa dalam keadaan berwudhu' kan...lebih-lebih lagi dalam bulan yg penuh barakah ni..tapi bile berwudhu' je, mula la rasa nak buang angin...

Doa ni kite terjumpa secara tak sengaja dari blog Satu Hari Satu mase kite tengah boring-boring tak tau nak surf apa...hehe..petikan dari tuan punye blog, kebiasaannya di Mekah, para jemaah telah mengambil wudhu' dahulu di hotel sebelum memulakan perjalanan ke Masjidil Haram dan berada di situ sehingga selesai beberapa waktu solat..selain untuk menahan diri dari buang angin, doa ni juga sesuai sebagai ikhtiar untuk menahan diri daripada membuang air kecil dan besar semasa berada dalam perjalanan jauh seperti sewaktu pergi dan balik dari Makkah ke Arafah dan Mina yang kadang-kadang memakan masa selama 5 jam seperti yang beliau hadapi waktu itu akibat kesesakan jalanraya.

Kite belum pernah sampai Mekah dan Madinah lagi...mudah-mudahan kite berkesempatan untuk jadi tetamu Allah satu hari nanti...insyaAllah...

Ok..doanya camni:


Cara mengamalkannya pula:

  • Doa ini dibaca setelah ambil wudhu dan bersiap-siap hendak ke masjid.
  • Berdiri dengan meletakkan kedua-dua belah tapak tangan di perut (di ari-ari).
  • Baca doa sambil tapak tangan disapu ke atas. Ulang 3 kali (doa dan sapu).
  • Letak sebelah tapak tangan di punggung (tulang sulbi/ tongking) ditepuk dan baca doa sekali sahaja.
  • Mohon doa: Ya Allah, mudah-mudahan wudhuku tidak batal sehingga selesai solat/ ibadah.
  • Balik ke bilik dibaca doa dan disapu pada perut menghala ke bawah supaya boleh buang air dan angin.  


Selain dari  untuk mengekalkan wudhu', doa ini juga ada beberapa khasiat lain seperti:

1- Merawat kembung perut dan senggugut

 

InsyaAllah setelah diusap perutnya, angin akan keluar dan perut akan berasa lega.
Cara mengamalkannya:

  • Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas perut dan di sapu menghala ke bawah supaya boleh buang angin. Ulang 3 kali atau sampai lega insyaAllah.

2- Mengelak kandungan gugur/ kenan

Semoga Allah permudahkan dan semuanya selamat semasa proses kelahiran yang dijangka, insyaAllah.


Cara mengamalkannya:

  • Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas ari-ari dan disapu menolak ke atas. Ulang 3 kali.
  • Dilakukan hanya bila serviks sudah terbuka untuk bersalin (kalau kembung perut pun kena guna kaedah lain). Baca doa sambil tapak tangan diletakkan di atas perut dan disapu menghala ke bawah. Ulang 3 kali.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Ingatlah setiap sesuatu yang berlaku adalah di atas izin dan perkenan Allah s.w.t. dan kita sebagai hamba-Nya perlulah berusaha, yakin dan bertawakkal kepada-Nya

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger.